Barir's World

Humanity To Others;Knowledge Is Not Ours To Keep Alone;Your Mind Is Your Most Precious Resource

Kata-kata Hikmah, Nasihat serta buat Renungan

  • Kebangkitan sesuatu bangsa terletak pada pembangunan insan.Dan
    tanda insaniah sesuatu umat itu terbangun ialah ketinggian akhlak dan
    budi pekertinya.
  • Cinta Allah membuat hati tenang dan tenteram. Cinta dunia membuat
    hati keluh-kesah sentiasa.
    FirmanNya :
    "Sesungguhnya sangat sedikit hamba2 Ku yang mahu bersyukur."
    - Saba' : 13
  • Alam ciptaan Allah ini menepati The Law of Balancing (hukum
    perimbangan)
    yakni tinggi rendah, gemuk kurus, cepat lambat, manis
    tawar, suka benci, penyokong penentang, benar salah, kaya miskin, kalah
    menang, hidup mati, sakit sihat, susah senang, wanita lelaki, ingat lupa,
    dan Islam kafir.
  • Peribadi penghias sejarah. Ikutilah teladan dan legasi yang ditinggalkan
    pahlawan Islam seperti
    Rasulullah saw, Sayidina Abu Bakar As Siddiq,
    Umar Al Khatab, Othman bin Auf, Ali bin Abi Talib, Umar bin Abdul
    Aziz,
    Abu Ubaidah ibnu Jarrah, Abdul Rahman bin Auf, Abu Hurairah,
    Khalid
    bin Al Walid, Amar bin Tsabit, Bilal bin Rabah, Mus'ab bin
    Umair, Salahuddin
    Al Ayubi, Amru bin Al Ash, Muhammad Al Fateh
    dan ramai lagi.
  • Islamic Town ganti China Town - kenapa kita tidak boleh buat Islamic
    Town untuk membuktikan kita juga punya idea dan wawasan.
  • Biarlah kita buta di dunia tetapi celik di Akhirat ( di Syurga ), tetapi
    kebanyakan daripada kita sekarang celik dunia dan buta Akhirat.
  • Sayidina Umar Al Khattab ra berkata :
    > Aku telah lihat berbagai-bagai jenis perisai, tetapi tidak ada satu pun
       yang sekukuh perisai lidah ( atau ilmu )
    > Aku telah lihat semua jenis pakaian, tetapi tidak ada satu pun yang
       seindah pakaian wara'
    > Aku telah lihat semua jenis kekayaan, tetapi tidak ada satu pun yang
       setanding dengan kekayaan hati
    > Aku telah lihat semua jenis kebajikan, tetapi tidak ada satu pun yang
       lebih utama daripada memberi nasihat
    > Aku telah rasa semua jenis makanan, tetapi tidak ada satu pun yang
       lebih lazat daripada sabar



Welcome

Webs Counter