Barir's World

Humanity To Others;Knowledge Is Not Ours To Keep Alone;Your Mind Is Your Most Precious Resource

HADIS - manual kehidupan umat Islam

Umat Islam wajib menjadikan Al-Quran dan hadis atau sunnah Nabi
Muhammad
saw sebagai perlembagaan dan hukum-hakam untuk
menyelesaikan sesuatu masaalah serta menegakkan keadilan.

Di bawah ini terkumpul beberapa hadis mengenai berbagai-bagai topik :

Menentukan Ramadan

" Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan
  Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal
  bulan syawal.Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari). "

Source : Abdul Aziz Shaikh-Mufti Besar Arab Saudi 2008
-Rukyah menjadi asas menentukan permulaan dan penghujung Ramadan

Menonton Pertunjukan

Kitab Hadith Shahih Muslim
 Menonton pertunjukan
Dari Abu Hurairah r.a., katanya : "Ketika orang-orang Habshi mengadakan pertunjukan tombak dekat Rasulullah SAW, tiba-tiba 'Umar masuk lalu dia menunduk mengambil batu-batu kerikil untuk melontar mereka. Kata Nabi SAW kepadanya, "Biarkanlah mereka bermain, hai 'Umar!"
( Abu Hurairah r.a )
Bab - Solat Hari Raya
No Hadis - 845

Hawa Nafsu

Umat yang berakhlak ialah umat yang dapat mengawal nafsu, menahan marah,
berlemah-lembut, sabar, pemaaf, berkasih-sayang, berani dan memiliki lain2
sifat mahmudah.Sabda2 Rasulullah saw berikut membuktikan hakikat itu:
"Kekuatan bukanlah kerana seseorang dapat mengalahkan lawannya
 tetapi
kerana berjaya mengawal marahnya."
"Musuh yang paling memusuhi kamu ialah nafsu yang berada di celah
  lambung
kamu."
"Kita baru sahaja pulang dari satu medan peperangan menuju peperangan
  yang
lebih besar."
Apabila ditanya,apakah peperangan itu? Rasulullah menjawab,
"Peperangan melawan hawa nafsu."

-Majalah Al Qiadah - Jun 1991

Orang Mukmin Bersaudara

"Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain itu seperti satu bangunan,
 menguatkan sebahagiannya akan sebahagian yang lain."

- Riwayat Bukhari dan Muslim

"Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat bagi manusia yang lain."

Welcome

Webs Counter